Wednesday, February 25, 2009

Rutin Harian

Salam kesejahteraan pada semua..

Al-Asr
Apa ye..Surah Al-Asr "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang beriman dan beramal soleh; yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" Apa kaitan dengan rutin harian?.

Rutin harian
Hari ini saya terfikir hei..apakah saya melakukan kerja harian kehidupan samada hal akademik atau lainnya sebagai satu rutin. Hakikatnya..pagi-pagi menyediakan sarapan ringkas untuk tiga orang yang akan ke sekolah dan ke tempat kerja ..seawal 7.05 mereka telah meninggalkan rumah. seterusnya saya harus menyediakan dua orang anak yang akan ke tadika..satu mula pukul 8.00 pagi satu lagi 8.30.. dan rutinnya sikecik ni akan menyinggah ke Petronas s.7 untuk beli tah apa2. Hei memang membosankan hari-hari nak singgah..tapi apakan daya..dari dengar dia melalak..ikutkan je. Selesai hal mereka dalam pukul 8.45pagi..saya terfikir pula nak makan apa ye hari ini..sarapan apa untuk saya dan lauk apa nak dimasak atau ditapau dari kedai...ye..
Tengok mood ..rasa malas beli semua..bosan makan makanan kedai..masak sikit-sikit ikan ke dan sayur atau ayam dan daging. dan kalau masih sikecik tu tak selera nanti.. belilah burger atau nasi lemak kukus waktu malam nanti..

Kalau Amru di rumah(dia nie duduk asrama sekolah Jais) selalunya saya tak risau dengan pembaziran makanan kerana makanan rumah adalah satu keistemewaan untuknya setelah puas makan makanan asrama sure habisnya... Alhamdulillah.

Selalunya dalam 10-11.00 pagi baru buat kerja akademik...tupun bukannya terus produktif..kekadang tengok mel lah atau ronda blog kekawan dan blog sosio-ekonomi-politik..kena tahu juga hal negara dan dunia. Petangnya sebelum pukul enam kanak-kanak tadika tadi dikutip semula...Nampak macam hektikkkan..tapi itulah hakikat kehidupan ibu/pelajar/pekerja/isteri...

Sembang-sembang kekawan
Ada teman fspu(tempat belajar dan bekerja di UiTM) yang lelaki kata "hei Puziah dah lama tak nampak."... "You memerap ye" .
."Mana ade?jawab saya..
"Jangan macam tu nanti boleh jadi tak betul "...."Ada orang lepas buat Phd jadi macam tu"
Hakikatnya mungkin untuk satu hari saya buat kerja mungkin 2-3 jam je....tak de le sepanjang masa fikir benda phd nie
"Hei banyak benda dalam hidup ni kena uruslah"..."I kalau keluar bilik ni jawabnya tak memikirlah hal2 Phd nie" " Otak nie kena bahagi-bahagi untuk benda2 lain"..Tambah saya

Jawap teman tu ."Oh you perempuan memanglah boleh buat macam tu ..multi tasking..lelaki selalunya fokus satu benda je.." "Ya ke?" tangkas seorang yang lain.. Tu yang boleh 2, 3 isteri.. Dah masuk topik lain pulak....


Azam

Alhamdulillah setakat nie saya masih melakukan hal-hal ini selama hampir 20 tahun semenjak bergelar isteri dulu..Hal-hal anak..urusan rumahtangga dan sebagainya..sebagaimana dalam surah Al-Asr kita niatkan itu amal ibadah kita dan InsyaAllah ia menjadi amal soleh dan kita tidak berada dalam kerugian ..kerana kita melakukan urusan hablumminnas dan habluminnallah..menjaga urusan dengan manusia dan dengan Alllah..dan kita terus bersabar...Muga Allah meletakkan saya di dalam kesabaran dan terus berada di landasan kesabaran dan kebenaran.


Pendapat lima posen
PUZIAH
1 Rabiul Awal 1430H
p/s baru sat tadi dengar kat radio, sebelum Islam, rabiul awal dipanggil bulan musim bunga

2 comments:

Win said...

salam KP, hei baru tadi member bagitau ada bekas lecturer kat jadi `kurang betul' sebab buat phd...kesian pun ada..dengar pun takut... Nauzubillah...but I totally agree with you about being patient and I notice when I'm more patient in a stressful situation I can think more clearly..

Puziah Ahmad said...

wslm Win..ye ke? wow sampai gitu ya..minta dijauhkan...banyak hal amanah lain yang perlu dibereskan...you always have more patience than me...

kp