Tuesday, December 16, 2008

Olie oh Olie

Salam semua,

Olie

"Nie Puziah ke?" terdengar suara di hujung sana .

"Ya".

" Siapa nie" lontaran suara terkejut saya.

"Nie Olielah, kawan dulu" terdengar suara jawapan yang tenang.

"Ya, Allah" kejutan dari saya.

"Cam ne dapat nombor" soal saya.

"Google..taip nama awak..banyak keluar, check tapi link yang di UiTM ada gambar, telefon number dan e-mail.. jadi boleh contactlah" luahan Olie.

Kenangan dengan Olie
Itulah perbualan awal yang ringkas saya dengan Olie atau Khalidah yang berasal dari Ipoh Perak.. Inilah panggilan telefon terkejut yang ketiga yang saya terima untuk bulan November dan Disember ini. Manakan tidak Olie ini telah terputus hubungan dengan saya semenjak tahun 1984 lagi..sebabnya masa dia balik cuti hujung tahun ke Malaysia ketika belajar di Armidale University di Armidale New South Wales dia terus tidak balik lagi... rasanya sebab dia lonely di Armidale lebih 200 km dari Sydney..ke hinterland dan budak Melayu ada 2 tiga orang. dia seorang perempuan...lepas tu Mat Salleh suka kacau dia sebab dia tinggi dan putih.. Universiti-universiti di pantai seperti Wollonggong dan Newcastle walaupun jauh dari Sydney tapi ramai sikit pelajar Malaysia dan bandarnya lebih besar..

Olie yang lurus itulah kenangan dengannya... kami sebilik masa English course di PJ pioneer UiTM/JPA ala ala PPP UiTM..Kelas lain..tapi di hantar buat matrik di Sydney..sekolah lain-lain. Saya di Dover Heights High School, Sydney.. Olie rasanya di Hillsdale, Southern Sydney. Tapi saling berhubungan..sampailah ke first year..Universiti pun lain-lain saya di New South Wales. Tapi kursus adalah sama iaitu Town planning...Tup-tup Olie terus balik Malaysia..kahwin di umur 23 tahun..sunyi sepi aleh-aleh hubungi saya setelah 24 tahun menghilang..terkenang-kenang agaknya..masa anak dara dulu di Sydney...

Olie kalau sabar sikit..tentunya cerita lain..apa-apapun qada' dan qadar Allah..Tahun berikutnya dan seterusnya JPA hantar berkali ganda pelajar lepasan SPM ke Australia..Tahun kami pergi hanya 100 orang pelajar ke Australia daripada 1000 orang rasanya..700-800 ke U.S. sedikit sahaja yang ke UK dan NZ. Bagus ke US sebenarnya tak perlulah buat A level atau macam kami kena buat Higher School Certificate di New South Wales.. Mereka terus masuk kolej dan universiti. Lepas Olie balik ramai juga pelajar Malaysia yang sambung di Armidale termasuk pelajar perempuan Melayu.. Masa tahun kami juga tahun pelajar "cream" yang pergi sebelum keputusan SPM keluar, selalunya daripada pelajar-pelajar berasrama penuh adalah kumpulan yang terakhir dihantar lepas tu semua kena masuk PPP dulu...Bagus juga rasa macam ada dua darjat dan jurang..kami terkial-kial buat HSC dia orang dah masuk universiti..


Pengorbanan Olie

Kini dia memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa.Tabik untuk Olie..Berjaya mendidik anak-anak yang sulung sudah 20 tahun di UPM, rasanya yg keduapun diIPT dan dua orang lagi di sekolah rendah dan menengah....Saya masih terkejar-kejar dengan Ammar 4 tahun dan Abrar 5 tahun..Anak bongsu Olie sudah 10 tahun...sebab tu dia ada masa nak jumpa saya di cafe di Shah Alam. Suaminya juga usahawan yang berjaya .

InsyaAllah muga Allah kekalkan persahabatan ini..

PUZIAH AHMAD

Yang masih 'toilet-trained" anak ke 6..

3 comments:

Win said...

Salam KP...apa rahsia di sebalik `torek' tu ape ye? - win

Puziah Ahmad said...

sebenarnya cik win masa kami darjah enam..saya tersalah tulis subjek tawarikh jadi torikh ke..depa2 yg suka menyakat nie nampak terus called me torek boss (agaknya bossy sikit n 'garang' kat penyakat sampai boleh kejar mereka tak kira lelaki atau perempuan)..impactnya sampai sekarang dia orang teringat..keh..keh

Win said...

oh...torek tu tawarikh...hmm menarik tu..