Thursday, May 28, 2009

Cuti sekolah

Salam semua

Mulai hari ini 29.5.09 hingga 8.6.09 kami akan meraikan anak-anak, keluarga dan rakan-rakan. Berikut adalah jadual perjalanan kami;

1. Esok (30.05.09) saya ada mesyuarat penubuhan koperasi bekas pelajar-pelajar Sekolah Abdullah Sg.Mati, Muar Johor di dewan sekolah. Diarahkan menjadi penyambut tetamu dan beli hadiah untuk tetamu. Dikira tidak membebankan. Muga Allah permudahkan urusan penubuhan koperasi ini atau KOBASA. Banyak tenaga-tenaga di belakang tabir yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Terimakasih ya semua.

2. Kami akan mengambil peluang bermalam 2 malam di rumah peninggalan ibubapa saya di Bukit Serampang yang dijagai oleh kakak dan mengambil peluang seboleh mungkin melawat saudara yang lain InsyaAllah.

3. Meraikan anak-anak di Kuantan dan Cherating semalam . Kemudian selepas itu ke Terengganu mungkin dua malam. Kalau ada rezeki pergi ke Pulau Kapas. Selalunya kami balik Kelantan melalui Gua Musang sebab jalan yang terpendek. Tetapi kalau dari Muar kami pergi melalui Jalan Jeranggau-Jabor daripada Lebuhraya Pantai Timur. Kali ini kami akan menyusuri jalan pantai tidak melalui Jeranggau.

4. InsyaAllah hari Rabu balik ke Kubang Kerian ke rumah ibu mertua dan menziarahi beliau. Khamis dan Jumaat mungkin ronda-ronda Kota Bahru dan jajahannya mencari makanan Kelantan yang asli. Suami selalunya mengambil peluang mendengar ceramah Tok Guru pada pagi Jumaat di Kota Bahru dan melawat tempat-tempat kenangannya di situ.

5. Sabtu dan Ahad adalah hari perkahwinan anak saudara suami di Kubang Kerian. Jadi kami akan meraikan majlis itu sambil menolong apa yang patut. Hakikatnya..tak banyak kerja pun semuanya pihak katerer yang uruskan..

6. Isnin, setelah selesai urusan tersebut, Insyaallah kami pulang semula ke Shah Alam melaui jalan terpendek, melalui Gua Musang.

Subhanallazisahkharanahazawamakunnalahhumukrinin. Wainnaillarabbinalamunkalibun. Muga Allah memelihara keselamatan kami sewaktu berkenderaan dan berjaulah. Permudahkan segala urusan dan memberkahi perjalanan ini . Ameen

Puziah

2 comments:

Mimi Zaleha Abdul Ghani said...

The coastal road is soooo much more interesting than Jerangau-Jabor highway. Although it takes a bit longer, its worth the extra hour. Abt Tok Guru's ceramah, I d love to hear, ada CD tak?

Puziah Ahmad said...

mimi I truly agreed with you..Tok Guru did not deliver his speech that day..He attended the muktamar at Shah Alam....I do not keep a CD..only books..