Thursday, April 16, 2009

DALAM KENANGAN ADIKKU NOR'AZAH AHMAD

Friday 21 Rabiulakhir 1430H/17.04.09

Salam to all

Muga Allah beri saya kekuatan dalam mencoret sedikit kenangan dengan pemergian Allahyarham Nor'azah ke rahmahtullah pada Selasa 31/3/2009 bersamaan 4 Rabiulakhhir 1430H pada jam kurang lebih 6.30 pagi di Kondominium Cheras Bestari di rumah keluarga angkatnya dan rakan rapatnya. Muga memberi keampunan dan rahmahNya dan dimasukkan di dalam golongan mutaqqin yang mendapat balasan syurga InsyaAllah

Beliau dijemput Allah menghadapNya dalam keadaan baru selesai menunaikan solat subuh dan keheningan pagi. Sayu rasanya..bila sahabatnya menceritakan bahawa beliau seolah-olah diilhamkan oleh Allah untuk melakukan persiapan serapi boleh untuk menghadap yang Esa. .Setahun lebih telah mengikuti 2 kelas pengajian di Masjid Jamek setiap hujung minggu..kelas mengaji dan farhu ain. Senentiasa mempastikan solat jemaah di beberapa masjid di sekitar K.L. Beliau masih bujang dan tiada halangan baginya. Mempastikan menunggu azan sebelum masuk waktu di masjid berdekatan dengan tempat perniagaannya. Bertaddarus sampai satu juzuk setiap solat. Di rumah senentiasa membaca Al-Quran dan terjemahannya, hadis dan buku-buku dan CD yang berkaitan alam akhirat, kematian dan syurga. Semalam sebelum itupun masih mendengar Cd Ustaz Ismail Kamus mengenai kematian..MasyaAllah.. Diakhir hayatnya..bangun 4 pagi solat tahajud, taubat dan hajat telah menjadi rutinnya..bermathurat, bertaddarus dengan solat syuruk dan dhuha sebelum ke tempat perniagaanya.

Itulah yang dilakukannya di pagi beliau dijemput oleh Allah..solat tahajud, taubat, hajat..mengejut rakannya..tidur sebentar dan solat subuh.selesai.Allah menjemputnya . Tertunailah impiannya agar hidupnya tidak menyusahkan orang lain..'saya tiada zuriat..saya redha meninggal dunia dalam keadaan sihat tidak melakukan maksiat..nanti siapa yang akan menjaga saya masa tua nanti..'.' Saya berdoa agar saya diambil nyawa sewaktu dalam sujud menghadapNya'.' Kalau saya mati di rumah nie..agaknya saya dikembumikan dekat sini ya'..Itulah impiannya di akhir-akhir hayatnya..Beliau telah disemadikan di perkuburan Islam Cheras di Jalan Kuari di bawah pohon yang rendang. Jenazahnya sama-sama diuruskan oleh abang-abangnya, kakak-kakak, adik, anak-anak saudara, taulan serta rakan-rakan beliau. Ringkas dan mudah semua urusan selesai jam 3.50 ptg sebelum asar..Alhamdulillah..Alfathihah

Itulah tazkirah yang paling afdal untuk kita yang masih bernafas di bumi Allah..
" We did not create the heavens and the earth an all that is between them for a mere play" (Al-Anbiya : 16)..Hidup ini bukan untuk main-main saja..

" And We did not create the heaven and the earth and all that is between them without a purpose. That is the opinion of those who disbelieve". (Sad :27)...Hidup ini mempunyai tujuan..

" I(Allah) did not create the jinns and mankind except to worship Me." (Ad-Zariyat :56)..Tujuan hidup kita di muka bumi ini hanya mengEsakannya, beribadat pada Nya..tunduk patuh terhadap segala suruhannya..meninggalkan segala laranganNya.....Muga bermanfaat.

PUZIAH

3 comments:

Win said...

Salam KP...kematian adalah pasti tapi yang belum pasti ialah tarikh,masa,lokasi dan keadaan...Allahyarham InsyaAllah dapat semua yang baik2...

Puziah Ahmad said...

Wslm Win...Betul tu cikwin...Allah knows better..Kita hanya berdoa utk husnulkhatimah..kesyahidan..dan keimanan..dan terus beristiqamah

mohdhafizmdali said...

wpln tlah hampir 2 buln berlalu..namun masih segar di kotak ingat segala kenangan & jasa yg tak mungkin terbalas...hanya Allah s.w.t dpt menempatkan beliau bersm2 org yg beriman di syurga firdaus...amin-