Salam semua..
1. Cerita Nurhanifan, SPM dan pakcik budiman
Pada 13 haribulan ada majlis graduasi dan penyampaian watikah untuk murid-murid tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sek.18 Shah Alam. Hanifan masuk sekolah ini sebab ada aliran agama..yang membolehkannya mengambil subjek dinniyah seperti syariah dan lain-lain..Saya menghadirkan diri untuk meraikannya dan rakan-rakan yang bakal menghadapi SPM pada 18.11.09 ini..Sebagai ibu mestilah rasa juga debaran mereka.."Setelah berusaha mesti doa dan sembahyang hajat" seru saya pada hanifan. Dia anak yang baik dan saya mendoakan yang terbaik untuknya dalam mengharungi cabaran SPM..SPM bukan segalanya tapi banyak cabaran boleh ditempuhi dengan kejayaan SPM. Muga Allah makbulkan doanya dan dapatlah dia mengapai impian dan cita-citanya...Ameen
Saya terkedu juga bila nampak seorang pakcik bertongkat dalam majlis tersebut...mukanya taklah nampak tua tapi katanya hampir 70 tahun .."Pakcik datang untuk cucu..anak-anak dah besar"
"Terimakasih pakcik datang" kata-kata anak sekolah yang menyambut tetamu"..meraikan kehadiran pakcik nie..
Seusai majlis ada minuman pagi... kebetulan saya duduk berdekatan dengan pakcik nie...dia terus beri kata-kata semangat pada anak-anak..
"Kau mesti jadi macam..Sy..tu tengok dia berjaya akademik dan lain-lain...bapanya kerja kilang je.." komen pakcik kepada pelajar terbaik sekolah tersebut...yang terkedepan dalam akademik dan non-akademik...pemidato dan peneraju projek alam sekitar..hingga sekolah nie dapat no.2 di Selangor..
"Jangan le nak kawin cepat-cepat..apa-apa belajo dulu" terusan dia berkomentar...
Dalam hati bermonolog...bagus nya pakcik nie..bersungguh-sungguh meraikan cucunya sambil menganggap anak-anak sekolah nie seperti cucunya juga..Sekelumit kisah kehidupan
Semuga Allah memberi ketenangan, lapang dada, lancar percakapan, kata-kata dan pemikiran..dan Allah permudahkan dalam mengadapi SPM untuk Nurhanifan dan rakan-rakan..
2. HAJ, Azah, Zie dan Faizah
..Labbaikallahummabailaikh...Adik saya Faizah Ahmad telah berangkat ke Mekah pada 7 Nov baru-baru nie.. Ada cerita di sebalik pemergiannya bersama Zie rakan baik arwah adik saya Nor'azah..Abang sulong dan adik bungsu(satu ibu) saya sama-sama menunaikan fardu haji tahun nie..Alhamdulillah ..
Ada cerita sayu juga...sebenarnya arwah Azah dan Zie telah bertekad hendak pergi haji tahun nie setelah menunaikan umrah beberapa kali..takdir Allah mengatasi segalanya..Azah pergi dahulu...mereka berazam mahu pergi melalui pakej kerana mendapati tahun menunggu melalui muassasah adalah lama ..dengar khabar sehingga 10 tahun...
Setelah Azah pergi...Zie pergi menunaikan umrah buat pertama kalinya bersama bapanya selama sebulan. Sebenarnya tarikh pemergiannya telah di 'book' kerana mereka, Azah dan Zie berpakat hendak menunaikan umrah pada Mei lalu. Pesanan Azah adalah apa-apa pun walaupun tanpanya..Zie harus pergi..seolah-olah tahu je...
Selama sebulan Zie di Bumi berkah..dan ada hikmahnya...Rupa-rupanya dalam kumpulan yang disertainya ada orang budiman..Zie mungkin telah bercerita kisahnya dan Azah...Mereka satu kumpulan ramai berpakat hendak menunaikan fardhu haji juga pada tahun ini..tapi tak daftar lagi..Wanita budiman yang 'nampak biasa' telah mengatakan dia akan masukkan dalam akaun Zie sejumlah wang supaya mereka dapat pergi haji sekali.Sewaktu di Mekahlah Faizah dihubungi agar menyertai mereka..Faizah dah daftar tapi mungkin 8-10 tahun kena tunggu..
Mereka dalam standby list..sehinggalah kira-kira 9 hari sebelum penerbangan...Perancangan Allah..Zie pergi dengan Faizah dan Upah Haji untuk arwah Azah...Muga mereka dapat haji yang mabrur..Ameen..Sifat wanita budiman ini haruslah dicontohi ....
Faizah bertudung putih dengan Nuruddin dan Uda saya...
Zie yang disebelah kanan...di kompleks Tabung haji Kelana Jaya
Wassallam
PUZIAH
16/11/09 bersamaan 28 Zulkaedah 1430H
2 comments:
Puziah,
Pure chance brought me here. I could only smile to myself reading what you wrote about the near-70 old man attending the gathering for his grandchild.
I am older than that man and only yesterday I attended a school party celebrating UPSR success. Eighty-one (81 pupils!) from that school scored 5A's - a celebration indeed it was! I could not help coming all the way from the East Coast to KL when I was told that two of my grandchildren managed that- and their two elder brothers did the same two years earlier.
I am a proud old man of 70+ without a PhD. Wish you well.
Pakcik
Salam Al-Manar
Thank you for visiting..Actually listening to this pakcik really made the day..terkenang my atuk and pakcik..way back in 70s. The advice was from the bottom of his heart..and really really atuk style..
Congrate to you..a proud grandfather of 4 lovely grandchildren..and the smart ones too...
Not yet with phd
Puziah
Post a Comment