Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya..Eid Mubarak 1430H

SALAM EVERYONE

Wishing everyone SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI AND EID MUBARAK 1430H to all especially to my family, friends, blogospere' friends and all visitors.

A joyous moment for the muslims during this celebration. It is a celebration after successfully completing the month of Ramadhan. Two occassions would mark a muslim's happiness that is during the breaking of fast and the moment when she or he will be meeting the Creator..

So Maaf Zahir Batin and hati-hati di jalan raya..

Puziah
27 Ramadhan 1430H
p/s InsyaAllah we will embark this raya journey to the east coast first..then south.starting tommorow morning...May Allah grant us safety throughout the journey..Ameen

Monday, September 14, 2009

Al-Qadr




Assalamualaykum wbrt

Allah grants us His mercy and blessings for his servants..The night of power or Lailatul Qadr is granted by Allah every Ramadhan for us to grab all hasanah and ask forgiveness for all our wrongdoings ..Ya Allah grants us the Lailatul Qadr..a night of worshipping equivalent to 83 years and 4 months of ibadah and forgive us the Most forgiving....

Let's read the translation of Al-Qadr (translation - Dr Muhammad Taqiuddin Al-Hilalai and Dr Muhaammad Muhsin Kan, Islamic University of Al Madinah Al Munawarah):

In The Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

1. Verily, We have sent it (this Qu'ran) down in the night of Al-Qadr.
2. And what will make you know the night of Al-Qadr ?
3. The night of Al-Qadr is better tha a thousand months.
4. Therein descend the angels and the Ruh (Jabrael) by Allah's Permission with all Decrees.
5. (All the night), there is Peace(and Goodness from Allah to His beliving slaves) until the appearance of dawn.


Ameen, May Allah grant us the Lailatul Qadr..

Puziah
24 Ramadhan 1430H/14th September 2009

Tuesday, September 8, 2009

Sambungan Cerita Nostalgia

Asslm wbrt..

Jumpa lagi..Pasal nostalgia nie rasanya bagus juga ditulis untuk kenangan diri, kekawan, sedara mara serta anak-anak. Agar dapat dikenali situasi zaman 70 an,dan 80an, masa-masa pembesaran saya dengan latarbelakang kampung, suasana serta orang-orang yang berada di sekeliling saya yang tak banyak sikit mencorak pemikiran dan cara saya lihat kehidupan tersendiri.

Pasal Terawih lagi..
Sangat nostalgia..sebab bagi saya mengalami penghayatan sembahyang berjemaah sambil mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh hati. Imam di Masjid ialah Tuk Ghani(Atuk Dr Norsaadah- satu-satunya rakan yang menolak tawaran ke luar negara sebab nak masuk medical faculty UM)..dan bilal (Tuk Yaakub - dia nie guru ngaji Quran saya dan juga emak saya, juga atuk saudara Dr Norsaadah). Tuk Yaakob kata dia dan abangnya pergi mengaji dengan Tuk Kenali di Kubang kerian selama beberapa tahun sebelum balik berbakti kepada masyarakat. Sebenarnya pondok asal Tuk Kenali tak jauh daripada rumah mentua dan berdekatan dengan Istana Kelantan yg baru.

Sebenarnya, kenangan terawih nie terngiang lama dlm kepala saya kerana bacaan suatu surah yg bagi saya sangat menyayukan..dibacakan oleh Pak Hamid yg sekali sekali jadi imam sembahyang terawih. Pak Hamid nie adalah bapa saudara Adib(Bangkit Senyum)juga bapa Salwa rakan sepermainan juga masa bertandang ke Pelampung, juga bapa saudara YB Zahim. Semangat saya macam bertambah bila dibaca surah nie..Maaf masa tu tak celik lagi , tak tau pun nama surah tu.. Pak Hamid nie sangat istimewa, dia seorang guru silat yang handal..ramai anak muridnya, tapi pelik Zahim dan Adib tak nampak gaya macam org yg boleh bersilat. Juga seorang yang pandai masak nasi beriyani gamlah gamaknya..Sangat sedap, aroma yg harum. Masa dia orang belum pindah daripada Parit Pelampung..bila ada org suruh dia masak ke atau ada keramaian..pastinya saya dapat rasa bila ke Pelampung bila betandang ke rumah Uda Lamah saya, atau nak berkubang dalam anak sungai yg jernih depan rumah depa...

Sebenarnya dalam hati bila berterawih saya senantiasa berharap surah ini dibaca oleh Pak Hamid dengan alunan suaranya.. Bila dah celik Al-Quran baru tahu surah tu ialah surah Al-Aa'la yg biasa dibaca pada raakat pertama witir..

Pasal raya

Persiapan raya biasanya masa sekolah rendah..saya disediakan satu baju kurung, yg bersembat dan bertulang belut..tak tau siapa buat mungkin emak saya atau mak Ngah saya atau mungkin diupah jahit kepada Mak Edah jiran, di Bkt Serampang. Juga selalu dibelikan satu gaun atau skirt oleh abah atau abang saya..Bila sekolah menengah, dah remaja sikit tempah kurung moden kat kedai jahit nyonya di Bkt Kangkar dekat kedai Isa dan Masjid..Spesial nyonya nie..selalu tunjuk gambar anaknya yg di'frame', sambil kata "dia belajar di England".."Peh tukang jahit..dan suaminya penoreh getah..dapat hantar anak ke England...semangat yg tinggi patut jadi contoh" (dlm hati je saya berkata.) Masa nie gaun dah tak pakai..ganti dengan midi, masa tu..Kali nie pun dah pilih corak dan jenis kain sendiri...

Biasanya semininggu raya sesama sedara dan adek beradek...Sangat meriah dengan pasang pelita..yg lelaki nie ada main meriam juga..bung bang...tapi saya jauhkan diri..macam tak selamat je..Masa nie lah mak-mak saudara saya akan bersembang sesama mereka sampai larut malam..Apa yg mereka sembang ..entah lah...sebab saya selalu terlena dulu di celah-celah mereka..konon-konon nak dengar...

Makanan biasa ialah ketupat, kurma daging, kari daging, kari ayam kampung spesial(Uda Pelampung-sangat sedap, resepi tersendiri) dan sambal kacang. Kalau menantu Mak Ngah saya, Kak Pah masak pastinya adalah makanan lodeh, dengan sambal kelapa yg spesial... Tak pandai sangat bab-bab nie...sebab depa tak pernah mintak saya tolong..Pelik juga..Sebab tu masa di perantauan saya banyak mengambarkan bagaimana memasak sesuatu tu.. imagine cara Mak Ngah saya masak...

Raya dengan kekawan Sekolah Abdullah

Dah lepas seminggu raya sakan dengan kerabat..sekolah dah mula rasanya.. Mulalah kami merancang untuk meronda rumah kekawan yg diserata Sg.Mati. Ini masa sekolah rendah lagi seawal darjah dua rasanya. Biasanya yg join adalah Amik, Suraya , Salmah, Norlinda, Norsiah..yg lelaki rasanya Adib, Jelani mungkin..tapi macam majoritinya perempuan. Macam mana kami rancang saya tak ingat sangat...bukannya ada bertalipon-talipon masa tu.. Masa tu raya satu rumah.. berkumpul kemudian bergerak..ke rumah lain..selalunya Jumaat dan Sabtu habis dengan beraya...Ingat lagi naik bas kuning tu yg 44 tempat duduk. Bas nie masih beroperasi lagi dari Muar-Segamat route..melalui tanjung Gading, Rawang, Sungai Mati, Bkt. Kangkar, Tangkak, Sagil, Jementah dan Segamat. Bas selalu penuh..miss ada juga..Ingat lagi di Tangkak ada raya rumah cik gu Ahmad Buang...dia jamu nasi betul..Dia suruh kami makan betul-betul..agaknya takut masuk angin asyik meneguk sirap..

Di Bkt Kangkar..depa dapatlah lari-lari dekat rumah atuk saya..ke rumah Saadah(Dr Norsaadah), bestnya saya ingat kat rumah dia nie makan kek freshly baked by her mother...biskut tak sentuh pun..Habis satu buku kek marble nya..mak dia kata "makan-makan" sambil beri lagi satu buku kek..Air sirap bandung... Saya kekadang malu juga sebabnya Mak Saadah nie juga guru sekolah agama saya masa darjah satu dan dua(Di Johor sekolah pagi - akedemik biasa, petang - kami ke sekolah agama, baca kitab mutadbadrin yg kekuningan tu).

Rumah Adib nie..agak skema sikit sebab dia banyak dayang-dayang yg membantu makan minum kami..sebab dia ramai kakak. Rumah Zahim tak pasti ada gi ke? Rumah Zalina Sukarman..yg ayahnya kerja JKR..kami akan buat rutin panjat tangga tangki air Bkt Kangkar..setakat yg terdaya.Kek yg mak dia buat sedap juga selalu selesai bila dihidangkan..rasanya ada gi rumah Jelani dan Zamani juga. Rumah Norlinda dan Norsiah juga.

Di sungai Mati, pastinya ke rumah Amik, Suraya, Salmah, Puziyah Jamaliah dan Maria. Tapi masa tu tak terfikir pun pasal-pasal duit raya..cuma selalu teringin nak jalan-jalan kat rumah kekawan dan cik gu..Kalau ke serom tiga...gi rumah Shidah, Adnan, Cik gu agama kami(Ali?), rumah Faridah dan rumah Halimah..rumah Azman Ali tak pasti gi..Kalau gi rumah Shidah kami macam menikus jugak...sebab takut dengan Cik Gu Md Nor ayah Shidah..le nie dah tak le takut...leh gurau dah...

Sebenarnya tak semua kaki jalan..pastinya saya , Amik, Salmah, Norlinda dan Suraya akan menampak raya..sampai ke Tanjung Gading...ke rumah Cikgu Kassim, Cik gu Abdullah, Cik Gu Mat juga rasanya.. Rumah Cik gu Mat nie saya ingat lagi..sampai-sampai dia tak kasi makan kuih muih kering lagi..agaknya masih pagi lagi dia suruh kami makan bubur nasi lauk kacang , bawang goeng, lobak asin dan lain-lain lagi..Lepas tu baru dia lepaskan makan kuih-muih dan sirap tu..Rumahnya tak jauh dari fly-overs yg berselirat di Tanjung Gading tu...Nak balik tu dia beri duit seorang lima posen rasanya..banyak tu masa tu...

Dan saya masih lagi terkenang..hey Steve Austin(Faridah Yusof yg kuat berlari nie..lelakipun kalah kalau lumba dengan dia) kalau baca nie pasti tersenyum...Kami sampai kat rumah dia walau pun jauh.Rumah dia kalau dari Muar ke Melaka pasti lalu depan rumah dia nie..Kalau musim buah-buahan banyaknya rambutan dan duku kat rumah dia nie..berbakul-bakul..gerenti kami tak habis makan...
Tulah kami beraya sakan dengan bas kuning..Len Seng ke nama nya..tak pasti..

Itulah kenangan manis raya zaman kecik-kecik...
Puziah
09.09.09/19 Ramadhan 1430H

Thursday, September 3, 2009

Nostalgia puasa dan raya

Salam semua.

Lama gak tak conteng-conteng di blog nie. Apapun semua orangkan sibuk terutamanya ibu-ibu yang nak pastikan iftar dan sahur tersedia di meja setiap hari. Saya selalu pilih menu yang ringkas dan mudah. Biasanya saya masak..kalau emergency masa iftar tak de masalah gi je ke restoran yang selalu saya tapau makanan...Tapi masa sahur kenalah ada benda yang panas-panas untuk mencelikkan mata-mata yang kuyu bila turun ke meja jam 5.20 pagi..Jadinya resepi ringkas saya nasi goreng tom yam, nasi goreng ayam atau nasi goreng ikan bilis..tambah je telur dadar dan benda-benda segera yang lain. Kalau terlebih tenaga sebelum tidur masak sikit le untuk dipanaskan masa sahur..Ini cerita terkini..Teringat lak masa kecik-kecik, masa remaja dan masa di perantauan...

Masa sekolah
Masa sekolah rendah ..disebabkan saya telah dibuat keputusan oleh Abah untuk sekolah di sekolah Abdullah Sg Mati (MB Johor punya kawasan)...maka tinggallah di rumah atuk di Bukit Kangkar..manakala emak dan abah serta kakak dan 2 adik perempuan di Bukit Serampang Sri Jaya sebuah penempatan FELDA dekat Bukit Kepong..sekarang bawah parlimen TPM Tan Sri Muhyiddin..agak remote ketika tu..Abang-abang tiga orang dah independent dan rasanya dah keje dan seorg jadi anak angkat mak saudara di Parit Pelampong (sebab dia tak de anak lelaki)

Bab-bab masak-masak nie no hal sebab Mak saudara saya yang tinggal di situ menyediakan segalanya. Mak Ngah telah kehilangan suami masa muda lagi anak-anak dah dewasa..kerja diJB dan Singapura..jadi dialah caretaker rumah atuk..Masa tupun tinggal atuk jantan je...(bab atuk nie leh citer lain kali)...Tapi saya ingat saya selalu sayu terutamanya hari-hari tak sekolah sebab terkenang emak dan abah dan dll.. So untuk mengisi masa lapang terutama Jumaat dan Sabtu..pagi-pagi lagi dalam pukul lapan pagi siap mandi dan segalanya..akan duduk di tangga depan rumah..tangga batu ala-ala rumah Melaka dengan dua anjung(rakan-rakan Kobasa tahu rumah atuk saya nie..dekat dengan pekan Bkt. Kangkar)..Main gelongsor lah atau termengu lihat jalan raya depan rumah..atau meninjau kelibat Milah dan Zainun rakan sepermainan depan rumah..Mereka nie ramai adik beradik jadinya banyak tugasan yg kena diselesaikan sebelum boleh terlonjat2 macam saya.

Dalam pada tu atuk jantan saya sedang bersiap-siap untuk perjalanan rutin ke pekan Bukit Kangkar atau bandar Muar (masa dia belum uzur lagi)..Sebelum turun tangga dia sempat tanya "Nak apa?".."Nah 20sen".."Gi main-main"...Lepas tu atuk terus ke pekan..jalan kaki atau naik bas. sayapun cari kerja lain seperti panjat pokok rambutan atau duduk bawah pokok jambu bowl ..lihat Mak Ngah saya buat kerja sapu menyapu atau buang rumput..

Main-Main dan langgar puasa
Selalunya lepas zohor Mak Ndak dan pak Usu dari Kesang, Sg.Mati datang bertandang..dengan Nor dan adiknya(sepupu)..Kekadang Mak Uda Pelampung, Milah dan maknya dan Atuk Endek depan rumah datang....Masa nilah seronoknya..ada kawan..terlari-lari sana sini.main polis-polis atau berlakun.Dekat-dekat raya depa kekadang berpakat adik beradik buat dodol dan wajik bersama..so bawah rumah meriahnya. Seingat saya ada ketika saya tak niat malamnya konon....terliur dengan dodol warna putih yg lemak ..berbuka(masa tu belum baligh tau)..Lauk favourite masa tu asam pedas, masak kicap, sup telur dan sayur lemak kuning(terutamanya kulit pisang muda)..Agaknya orang luar Muar pening tengok kami makan..makan asam pedas hari-hari pun tak pe...Manakala makanan kuih..pengat jadi kemestian..pengat pisang, ubi, keledek, jempu-jemput kurma (masa tu kurmanya keras tak le macam le nie)..Makcik Som saya akan buat karipap kalau dia ada..Selalunya bab kuih nie selalu dapat free..dari jiran-jiran.

Mak-mak nie dan jiran selau exchange goods seperti buah-buhan, makanan dan sayuran..Rumah atuk masa tu ada kolam kangkong, pokok pisang, pokok ubi,rambutan, mangga dan pokok jambu bowl..dan dibelakang tu memang dusun buah-buhan yang selalu nya dimeriahkan oleh tupai dan burung-burung.


Sahur dan Terawih

Selalunya sahur awal..leh tidur lagi lepas tu..tapi saya selalu minum teh o..dan makan sikit je..no selera..cepat-cepat nak tidur balik..

Terawih saya sangat suka..lihat makcik-macik lalu depan rumah ke masjid,,yg lelaki berbasikal atau naik motorsikal..Kami berterawih dua puluh rakaat..Tapi selalunya sampai dua minggu je ..lepas tu bila Zainun atau Milah uzur tak gi le..lebih-lebih lagi bila musim dia orang buat kuih ..banyak lepas terawih...Sebenarnya saya boleh gi seorang tapi takut bila balik..walaupun ada api letrik tepi jalan..bila lalu jalan ke Tokong..tak jauh dari masjid..ada anjing hitam dan 2 ekor anjing lain yang berkeliaran.takut kena kejar...Masyarakat ketika tu bertoleransi ..sebenarnya tokong tu belakang tanah atuk saya je..tempat opera dia pun sewa tanah nenek sebelah..Saya selalu juga masa kecik tengok opera Cina walaupun tak faham pun bahasa dia..kekadang anti-anti Cina cerita le sikit kat saya perjalanan cerita opera...Manisnya kenangan masa kecik...

Nanti sambung lain kali...dah masuk asar
PUZIAH
13 Ramadhan 1430H